Sign in to follow this  
Followers 0

Kenali El Nino


1 post in this topic

Posted (edited)

El Nino

Menurut laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia),  El Nino adalah Fenomena lautan yang berlaku setiap dua ke tujuh tahun di mana arus laut yang panas akan menggantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika Selatan. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang lebih luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan peristiwa cuaca luar biasa yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, berlaku keadaan cuaca lebih kering dari normal sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya mengalami keadaan lembap.

Secara lazimnya, El Niño berlaku untuk tempoh 6 hingga 18 bulan. Biasanya ia terbentuk pada pertengahan tahun, berada di kemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah menjelang awal tahun berikutnya. El Niño yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.

diantara kesan atau impak berlakunya El Nino terhadap sesuatu kawasan :-

  • Keadaan kering yang luar biasa di Malaysia, Indonesia, Filipina dan utara Australia.
  • Cuaca yang lebih panas dan kering juga berlaku di tenggara Afrika, India dan utara Brazil.
  • Cuaca lebih lembap pula berlaku di sepanjang pantai barat kawasan tropika Amerika Selatan dan pantai teluk di Amerika Utara.
  • Impak  El  Nino  kepada  negara  secara  umumnya  boleh  menyebabkan jumlah  hujan  diterima  akan  berkurangan,  terutamanya  bagi  Sabah  dan Sarawak.  
  • El  Nino  juga  boleh  menyebabkan cuaca  menjadi  lebih  panas dan kering yang seterusnya memudahkan  berlakunya kebakaran hutan yang  boleh menyebabkan kejadian  jerebu  tebal merentasi  sempadan yang  akan  memberi  kesan  terutamanya  terhadap  kesihatan,  aktiviti  luar dan pertanian.
Edited by Eizul

Share this post


Link to post
  • advertisement_alt
  • advertisement_alt
  • advertisement_alt

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!


Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.


Sign In Now
Sign in to follow this  
Followers 0